di kurniakan dugaan kepadaku kerana kasih sayangnya terhadapku, didatangkan manusia untuk menfitnahku untuk ku mengadu padaNya, telah didatangkan insan yg melukaiku untuk ku menangis kepadaNya, telah dihidangkan kepadaku pujuk rayu dunia untuk terus ku bersujud padaMu~~
walaupun ku lupa untuk menyembahmu tetap juga kau kurniakan insan terbaik untukku~ bukan satu malah dua yg harus ku pilih~~ begitu besar kasih sygmu~~ dan kini aku keliru memilih antara duanya.. Ya Allah ini kah dugaan mu padaku, sesungguhnya aku redha.. inilah ujian di atas khilafku, di atas kealpaanku~~ kau kurniakan sekali 2 untuk ku pilih, ternya keduanya punya kualiti, mampu membimbingku, mampu menerimaku seadanya..
Jatuhnya air mataku, kerana telah melupakanmu~~ dan kini aku kembali mengharap kasih syg dan belas ehsanmu~~ bukan ketika susah malah ketika senang juga~~ ku mohon petunjukmu~~ lembutkan lah hatiku yg telah menjadi keras, putihkan lah jiwaku yg telah terpalit kehitaman, pulihkan hidayahmu yg hampir kehilangan~~
ku idam gelaran wanita muslimah dan ku idam juga gelaran isteri soleha~~ ku rayu padamu, jadikanlah aku insan yg ikhlas dlm menempuh segala ujian, moga kan ku temui jalanmu yg benar~~ ku rendahkan diri dihadapan sejadah, ku rendah kepala menunduk sujud padamu.. sesungguhnya ku rindu akan mu~~


0 comments:
Post a Comment