CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 24, 2011

~ Tiada duka yang abadi ~


dedicate this song to my sister Hafilah Hanafi, Abdul Sharnnaz Ramlan and to entire of my family member..
who are remembered ~ muhammad annas malique my nephew died at age 3 days.. Al-Fatihah~~

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engaku biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik"
(Surah Al-Anbiyaa', Ayat 89)


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya "Jika seseorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:"Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:"Ya." Allah bertanya lagi:"Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?"Malaikat menjawab:"Ya".Allah bertanya kali ketiga:"Apakah kata hamba-Ku?"Malaikat menjawab:"Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan "dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali". Allah Ta'ala memerintahkan malaikat-Nya:"Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu "Rumah kesyukuran'."

Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani


Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

"Ku cuba buka tabir sedih ini, Yang memisahkan dunia kau dan aku,
Ku benar-benar rasa kehilangan, Ingin benar ku ulang masa yang lalu."-Hafilah Hanafi

Thursday, December 1, 2011

meraung dalam senyuman~~



lama x ku singgahkn jari di sini untuk menaip segala apa yg ku rasa..
izikan jari ini meluahkn ape yg terbuku di hati..
tatkala mulut hanya mampu tersenyum..
walau hati pedih meraung bagai nk gila~~

december~~
dikejutkan dgn berita si dia telah berjumpa penggantiku..
bagai merentap degup jantungku..
walau pada hakikatnya itu yang aku mahukan..
tapi mungkin kerana masih ada syg buatkn hati ini bergoncang~~

orangnya cantik~~ sangat cantik...
terbit rasa cemburu di hati.. mengagumi ciptaan tuhan..
xmengapalah~~ apa yg terbaik untuknya..
terbaik jugalah untuk diri ini..

redha?? insaallah aku redha..
haisshhh~~ kehidupan telah ku teruskan...
dia adalah gambaran memori silamku..
yg telah sebati dalam hidupku...
kini tinggal hanyalah kenangan~~

semoga dia akan mengecapi kebahgiaan yg dicari~~ amin~~ ;)

Monday, October 10, 2011

hanya dia~~

dia kenangan terindah... 
harus bagaimana hendak melupakannya... 
ku hidup dlm penafian.. 
menafikan kewujudannya... 
tp hatiku terus menolak.. 
menolak untuk menerimanya kembali.. :'(

hendak ku luah.. begitu berat..
terlalu byk hati yg perlu ku jaga...
tetap ku tulis di sini..
menjadi bicara hatiku...
yg tak mampu ku tahan2 lagi..
tiada siapa kan mengerti.. :'(

Thursday, October 6, 2011

retak~~



retak nya hati ni bukan kerna kehilangan cinta lelaki...
tp retak nya hati ini tatkala melihat org tersayang berduka...
retak nya setiap kali air mata nya jatuh ke bumi..
retak nya hati ini kerana tidak dapat berbuat apa..

retak nya hati saat keluarga diduga ujian yg begitu besar..
retak nya hati bila menerima kenyataan yg pergi xkan kembali..
retak nya hati bila kita tidak terdaya utk berdiri..
retak nya hati bila si ibu meraung meratapi..

al-fatihah buat anak buahku.. ~~anas malique~~

Wednesday, September 14, 2011

~titiskanlah walau mungkin ia sedikit~



Ya Allah, 
ku tadahkan tangan ku dan ku rendahkan badan serta ku mohon belas kasihanmu~~
titskanlah sinar kehidupan untuk hatiku yg hampir mati...
ku pohon kasihmu agar suburkanlah hati yg hampir kering ini..

begitu sukar utk aku ingin mempercayai kaum adam ciptaanmu,
begitu sulit juga untuk aku menyanyangi kaum itu,
begitu memberat utk aku berkongsi isi hati dgn nya,
begitu payah utk aku mengekalkan rasa syg untuknya,

ku sedar tiap yg berlaku ade hikmahnya,
tp masih juga ku terus terbenam dlm ketakutan,
ku sedar tiap yg mengimamkn solat adalah kaum ini,
tp masih juga ku takut utk berdiri di blkngnya.

ade yg dtg akan ku biarkan pergi,
ade yg bertandang ku biarkan di luar,
ade yg mengharap ku biarkan tergantung,
ade yg memujuk ku terus diam membisu,

ku pohon agar hati ini dipulihkn,
ku damba kasihmu dan keredaanmu..
tunjukkn ku "imam solatku"
tunjukkn ku "ketua kerajaanku"

amin ya rabbalalamin~~



Tuesday, September 6, 2011

Raye 2011


alhamdulillah.. sempat juga kita menghabiskan waktu berpuasa kita selama 29 hari dlm keadaan sihat dan aman... dan bermakna dapatlah juga kita menyambut hari kemenangan ini bersama umat islam satu dunia... Dan sanak saudara pun datang mengunjung, bermaafan, serta merapatkan silaturahim~~ sedar x sedar keluarga kami semakin menambah dan membesar..

mne x nye dgn perkahwinan dan kelahiran.. time ni la leh tgk anak2 sepupuku yg comel2 itu... n biasa la klu dah berkumpul ni soalan panas sering menerjah telinga iaitu "bila nk tawen?" "dayah skrg dgn sape?" hikhikhik... jawapnye sng.. "blom bertemu lagi, doakan la ye".. skrg sepupu sebayaku dah berkawin seorg, akan berkahwin seorg, akan bertunang seorg.. jd yg single tggl 2 org... tp yg sorg tu sambung belajar di kaherah mesir, haa tinggal la aku sorg yg menjadi tujuan soalan panas itu.. ;P

seperti biasa tiap2 hari raya mmg rumah ku menjadi lokasi tempat berkumpul.. riuhnye xseriuh dulu... masing2 dah besar... yg kecik2 skrg kebykkn nye masih baby lagi... haaa pangkatku skrg adelah mkcik ok... ;) terasa cepat betul masa berlalu... pasti tahun akan dtg bertemu semua dah besar2 lagi... ;)

keistimewaan raya tahun ni untuk family aku adelah berya bersama ahli baru iaitu suami akk ku.. n skrg akk aku tgh pregnant dan insaallah dlm bulan 10 kami akan menyambut ahli baru juga... doakan segalanye selamat...


menu di pagi raya kami adalah ketupat bersama kuah lodeh, rendang daging, ayam masak merah, sambal tumis, sambal kacang, serunding serta ketupat pulut.... urmmm mmg menu wajib semenjak aku dan akk geti menganyam ketupat neh... dulu atuk ckp tiap raya biasa mkn laksa johor je... ;) dan kueh raya kegemaran ku chipsmore pun ade... trime kasih ibu sbb buatkan... ;) tibe2 je kueh raya umah bertambah dgn byknye.. semuanya sbb sedara mara dtg membawa buah tgn kuih raya... sib baik tahun ni kami x buat byk kueh raya... ;D

Inilah memori yg indah untuk aku kenang.. sbb bukan sng kami nk berkumpul ramai2 mcm ni.... bergotong royong memasak, mengemas.. dan insaallah akan ade aktiviti yg sama pada tahun hadapan...

haaaa sekarang masing2 dah pun balik ke rumah masing2 dan bermula la kembali tugasan harian kita iaitu bekerja... nth kan kita akan berjumpe ramadhan dan syawal tahun akan dtg?? waallahualam~~

click~~ click~~






 

Thursday, August 4, 2011

harapan Ramadhan~~



Ya Allah tuhan sekalian manusia, telah jauh ku meninggalkan jalan mu, telah lama juga tidak ku memanjat doa padamu~~ setelah hatiku terguris oleh insan ciptaanmu, setelah aku hanyut dlm godaan syaitan ciptaanmu, telah ku lupa belas ehsanmu, telah ku lupa segala kurniaanmu~~ tetap tuhan tidak pernah lupa pada hambanya kerana sesungguhnya ia maha pengasih lagi maha penyayang~~

di kurniakan dugaan kepadaku kerana kasih sayangnya terhadapku, didatangkan manusia untuk menfitnahku untuk ku mengadu padaNya, telah didatangkan insan yg melukaiku untuk ku menangis kepadaNya, telah dihidangkan kepadaku pujuk rayu dunia untuk terus ku bersujud padaMu~~

walaupun ku lupa untuk menyembahmu tetap juga kau kurniakan insan terbaik untukku~ bukan satu malah dua yg harus ku pilih~~ begitu besar kasih sygmu~~ dan kini aku keliru memilih antara duanya.. Ya Allah ini kah dugaan mu padaku, sesungguhnya aku redha.. inilah ujian di atas khilafku, di atas kealpaanku~~ kau kurniakan sekali 2 untuk ku pilih, ternya keduanya punya kualiti, mampu membimbingku, mampu menerimaku seadanya..

Jatuhnya air mataku, kerana telah melupakanmu~~ dan kini aku kembali mengharap kasih syg dan belas ehsanmu~~ bukan ketika susah malah ketika senang juga~~ ku mohon petunjukmu~~ lembutkan lah hatiku yg telah menjadi keras, putihkan lah jiwaku yg telah terpalit kehitaman, pulihkan hidayahmu yg hampir kehilangan~~

ku idam gelaran wanita muslimah dan ku idam juga gelaran isteri soleha~~ ku rayu padamu, jadikanlah aku insan yg ikhlas dlm menempuh segala ujian, moga kan ku temui jalanmu yg benar~~ ku rendahkan diri dihadapan sejadah, ku rendah kepala menunduk sujud padamu.. sesungguhnya ku rindu akan mu~~ 

Wednesday, August 3, 2011

Puasa (oh bazar ramadhan)


ALhamdulillah~~
bertemu lagi aku dengan bulan puasa tahun ini, setelah setahun ia meninggalkan kita, akhirnya ia kembali lagi...
bercerita mengenai bulan puasa sbnr nye terlalu byk kenangan aku pada bulan mulia, itu pun mungkin byk juga yg aku terlupa...

tp ape yg seringkali kita kaitkan dgn bulan puasa adelah bazar ramdhan, tempat kita akan tuju untuk mencari jaudah berbuka puasa... haishhh aku juga adalah salah satu ahli peniaga di bazar ramadha, tp bukan tokey la... cuma jadi pembantu ayah... ermmm menu yg wajib kami hidangkan adelah ayam percik~~ ayam percik ni special sbb dia adalah resepi yg jarang untuk di temui... dan terkenal dari kluang lagi ketika ayahku berniaga di pasar malam kluang~~

tempt yg paling best berniaga ade di lesuire mall johor bahru yg skrg lebih dikenali sbg giant, kat situ lah bazar dia besar n ramai sgt pelanggan.... diaorg semua kbykknya berbangsa cina... n menjadi kebiasaan aku akan terliur sebaik pulang rumah sbb ayam ayah aku semua habis... hukhukhuk.. siap ade yg berebut lagi... mmg x menang tgn dibuatnya~~

kemudian kitaorg tukar tmpt di southern johor bahru. sale pun ok cuma kali ni lagi besar dari bazar yg biasa sehinggalah kami bertukar lagi sekali ke bazar yg lain iaitu di depan surau jln tebrau, situ pun penah kami meniaga... dan skrg tidak lagi... sbb umur ayah yg semakin meningkat beliau dah x larat untuk mengetuk buluh, menyiang ayam dan sbgainya dlm kuantiti yg byk...

tp kadang2 mmg aku rindu kan saat berniaga itu~~ :)

Wednesday, June 22, 2011

Cinta hingga ke mati


pada ahad lepas iaitu 19/06/2011 aku ade majlis kenduri kawen sedara di singapore, niatnye selepas itu nk pegi melawat suami kepada arwah atuk sedara saya yg telah meninggal dunia sebulan lalu... sesampai nye ke rumah beliau yg lebih dikenali dgn panggilan Tok Aji yg merupakan warganegara sgapore tiada di rumah.. anak nye kata dia pegi bersenam kat bawah rumah.. (rumah flat) tp keluar dr kul 12.30 tgh hari sampai la 4. lebih dia xbalik lagi...

kitaorg semua agak risaukan dia, tp kitaorg tetap menunggu kepulangan beliau... tgh2 aku duduk di balkoni smbil melihat sungai bersama ayah kitaorg di kejutkan dgn salam dari suara lelaki tua.. terperanjat aku dibuatnya.. upenya Tok Aji dah balik tp dlm keadaan termengah2... beliau sbnr nye br pas operation mengeluarkan batu dari hati.. jadinya kami pun masuk ke dalam rumah.. sewaktu tu kitaorg ade la dlm 8 org dalam Msia dtg utnuk melawat...

tiba air mata Tok Aji keluar dgn laju nye... dia rasa hiba tgk kitaorg dtg melawat dia... bersama kitaorg adelah nenda Sapiah iaitu kakak ipar Tok Aji... dgn suara tersekat2 Tok Aji cakap kat Tok Mak (Sapiah) Endon dah xde... dia dah xde lagi... atuk mak pun menangis... aku masih menahan sebak... terasa dalam sungguh kasih sayang Tok Aji pada Tok Endon... beliau sgt merasai kehilangan nya... air matanya x henti2 keluar... Ya Allah beginikan cinta hingga ke mati... :'(

anak dia ade cakap sebelum Tok Aji balik yg ayah nye itu nampak ok.. x nmpk sedih... tp bila Tok Aji di hdapan kitaorg ternya kesedihan itu ade dan x mampu dibendung.... Tok Aji cakap masa Tok Endon idup dia ade cakap ngan Tok Endon klu aku mati dulu ko balik la Msia jgn tunggu2 lagi kat sini, tp klu ko mati dulu dan aku masih hidup aku akan merana.. ternyata ape yg Tok Aji cakap itu benar... dan Tok Aji pesan pada kitaorg yg mahu menunaikan solat Asar sedekahkan doa ye buat Tok Endon smbil berlinangan air matanya... :'(

Tuesday, May 3, 2011

kau lah laguku~~


hindun binti jaafar (tok Endon)...
itulah nama atuk sedaraku yg merupakan adik kepada nendaku sapiah binti jaafar...
anak kelahiran johor dan berkahwin dgn warnageraga singapore yg ku gelar tok aji..
beliau antara atuk sedara yg begitu rapat dgnku...
kasih sayang beliau terhadapku tidak penah putus dan begitulah juga terhadap sedara yg lain..
gelak tawa beliau serta gurauan nye persis org muda...
dari kecil suka pakaikan aku gincu warna merah... :) beliau juga x lekang dgn eyeliner(celak mata) bila keluar...
sgt cantik.. aku suka tgk matanya.. rambutnya yg beruban disimpul rapi...
dari aku kecil beliau begitu suka memerhatiku gerak geriku... sehinggalah aku besar...
beliau akan menceritakan kenakalan aku sewaktu kecil... haisshhh... malu tp kelakar.. :)
bila beliau dtg ke johor pasti beliau akan bawakan roti kegemaran ku "roti kacang merah" dari sgapore...
dia sgt suka tgk aku makan.. beliau sgt pemurah.. bila nk balik sgapore suka bg duit blanje... :)
belaiu slalu ajak aku g sgapore... suh aku wat pasport... sampaikn snggup nk bg duit utk aku wat pasport...
tp aku xnak... aku abaikan....
dan sekarang.... bila masa kian berlalu.. bila usia kian menginjak..
beliau akhirnya jatuh sakit... hampir 3 bulan terlantar di hospital...
asalnya sakit biasa.. tp melarat sehingga jadi teruk...
hatiku rasa berat sgt... teringat kata2 beliau yg beria2 suh aku wat pasport...
akhirnya aku nekad wat pasport n utk pertama kali aku menjejakkan kaki di bumi sgapore...
tmpt pertamaku Ren Ci hospital... tingkat 6 katil 33...
tergamam seketika aku di hadapan katil tok Endon... sambil hati berkata... atuk.. nape jadi sampai macam ni..
ku tahan air mata dari keluar... beliau terlantar tanpa kudrat... x sedarkan diri... tiada sebarang respon... hnya nafas yg bergelora di dadanya... ya Allah~~
aku usap tgn nye yg membengkak.. xterkeluar satu perkataan pun dari bibirku... yg ada hnyalah tngisan dan doa dari dlm hati.... hampir 2 jam aku di sana... tiada sebarang perubahan.. akhirnya aku pulang ke msia...
esok malam aku pergi ke sgapore lagi... doktor maklumkan keadaan makin teruk... NO HOPE katanya...
sampai ke tingkat 6 ku lihat ramai sedara dr sgapore yg telah berkumpul... berat rasa nafasku...
ku lihat dia masih mcm smlam... tp lebih teruk.. terdengar bunyik tarikkan nafasnya yg kasar... tiada pergerakkan.... nendaku pergi dekat ke tok Endon iaitu adiknya... dia usap dada sambil berkata... Endon, aku dtg ni... Endon... sambil air matanya bergenang... ya Allah aku xtahan... di situ juga air mataku berjurai... bacaan yasin kami bacakan utk beliau.. ibuku mengajarnya menyebut perkataan ALLAH... dan kulihat beliau cuba menggerakkn lidahnya.. walau bibir tidak bergerak... perit nya aku rasa... aku kecewa pada diri kerna xhadir ketika sihat beliau.. aku ingin sgt beliau buka mata.. dan ingin aku katakan.. tok dayah datang... dayah dah wat pasport... atuk cepatlah sihat... kata nk bawa dayah jalan2... nk bawa dayah tgk umah atuk... nnt kita leh mkn roti kacang merah sama2.... :'(
tp beliau xbuka matanya.... 2 hari aku dtg dgn harapan beliau buka mata dan melihatku... aku hnya mampu berdoa.... :'(

ku mohon sekalian doakan agar atuk ku sembuh.... :'( amin~~

Monday, April 25, 2011

corat coret~~


corat coret kali ni lebih kepada membawa kisah sepanjang perjalanan show dari minggu lepas sehinggalah hujung minggu.. aku dibawah naungan butik Nur Kaseh bridal hause yg dimiliki oleh Putra Arul telah membuat kombinasi bersama Dara Jelita Collection untuk menjayakan persembahan pada show bridal fair yg bermula 10 hari bermula daripada 15/4 sehinngalah 24/4, kami dipinjamkan di bawah nama Dara Jelita telah menyertai 3 show, yg pertama berkonsep songket, tp aku pakai dress disbbkan last minute info, ari kedua aku pakai evening dress berpasangan bersama putra arul, dan berikutnya adalah pada majlis penutup.. show busana pengantin membawa konsep nikah.. berpakaian serba serbi putih gituw... :) dan kami juga menyertai pertandingan model pontian membawa konsep dress muslimah... seramai 17 org perserta termasuk lelaki...
jujur aku katakan persaingan mmg hebat2 belaka... catwalk diaorg mmg hebat... tp tanpa disangka kami menyandang tempat ketiga, sgt2 terkejut n x sangka... ape pun alhamdulillah... kejayaan pertamaku dalam dunia peragaan walaupun br sebulan menceburkan diri... :) terima kasih x terhingga pada putra arul disebabkan sponser baju n makeup... mmg hebat hasil tangan beliau.. dan xlupa juga supporter saya cik Ani yg dtg bersama incik ARMY (bakal tunang) dari jb... thnks sgt... dan crew photographer dari bp iaitu zaidi n bard, dari pontian areteam n faiz dan dari jb abg napie... kehadiran korang sungguh membawa makna yg besar.... xlupa juga buat model2 Nur Kaseh, model Dara Jelita, penari zapin, dan kakitangan dari Dara Jelita.. tak ketinggalan juga bagi mereka yg terlibat sama dlm majlis ini...
saya bukan seorang artis atau model besar.. tp sya rasa bertanggungjawab utk megucapkan setinggi2 ucapan tahniah n terima kasih buat semua... harap langkah dlm dunia peragaan ni dgn membawa konsep muslimah akan terus berkembang... inilah keluarga angkat saya... dan disinilah ingin saya kongsikan bersama kisah suka dan duka... moga perjalanan hidupku ini diredhai~~ :)






Wednesday, April 20, 2011

cakap jgn ikut sedap tekak jer der..


pelik betol dgn perangai sesetengah org nih... klu bercakap kadang2 xfikir langsung pe org lain rasa...
lebih2 lagi klu bab ngutok org.. mmg hebat bila mengata pasal org kan...

ce cermin sikit diri tu?? sempurna sangat ker?? hensem/cantik sgt ker??
elloww badan ni tuhan bagi pinjam kat kita... sama ade bentuk nyer sempurna atau tidak itu kuasa tuham...
perangai? sahsiah?? dibentuk melalaui pendidikan awal dari keluarga, sekolah, rakan dan diri sendiri..
masing2 dibesarkan keluarga lain2 so perangai lain2... abis tu kau nk semua perangai ikut macam sape??
kau nk muka org ikut macam sape?? ko?? dah habis elok ke perangai n muka kau??

sebelum nk menghina n mengata org lebih2... pe kata cermin skit diri dulu.. manusia beb.. xde sape sempurna... klu rasa nk kawan ngan manusia sedia lah utk terima kelebihan dan kelemahan mereka..
klu x buleh, baik kawan ngan hewan.. okeh...

Tuesday, April 12, 2011

i won't cry again.. please mr tears.. stay in my eyes.. JANGAN JATUH!!



ckuplah ape yg telah aku hadapi~~ yg telah aku deritai~~
aku xmahu menangis lagi~~ aku x mahu mengenang lagi~~
ckuplah dgn penjelasan~~ ckup jugaklah dgn pangakuan~~
itu buat aku lega~~ itu buat aku reda~~
dari api amarah~~ dari bahang dendam~~
lepasknlah kusut~~ lepaskanlah misteri~~
aku ingin pergi..

Monday, April 11, 2011

yg pertama


fyuhh~~ rasa lama betol aku x menulis di blog nih...
begitulah aku.. menulis ketika perlu... :)

yg pertama kali ni lebih membawa maksud aku membuat sesuatu perkara utk pertama kalinya dalam hidup aku... nk tahu ape?? hihi.. modelling~~

satu bidang yg aku rasa aku xleh masuk, aku xlayak masuk, aku xrasa nak masuk..
tp melihat potensi serta bakat2 adik bradik aku yg telah memasuki bidang ni terlebih dahulu buat aku terfikir.. kenape aku x mencuba?? pernah jugak aku merasa rendah diri mampukah aku?? tp ku tnyakn balik pada diri.. hidayah ibu kau masa muda ratu ayu solo tau utk mustika ratu, ayah kau pulak org gelar mr hensem n berbakat dlm nyanyian.. xkan kau xde waris ape2 kot.. hehehe... :D

dan bila di satu malam ketika aku menemani sepupu n kawan ku pergi cari butik pengantin, aku pegilah dekat bridal nur kaseh ni.. ngan hanya berselur tido kembang siam n tshirt putih bali indonesia aka baju tido... serta x bertudung aku pun wat xkisah la.. tgk kan diaorg berbincang, tiba2 last perbincangan incik Aarol leh offer aku jadi model.. rasa nk tergelak besar jugak lah kat situ... tp maintain muka serius... aku pun kata akan difikirkan.. tp kemungkinan klu nk jadi model aku mahu bertudung.. hakikatnya sbb aku mmg bertudung.. cuma kadang kala agak degil nk memakainya.. ;)

setelah hmpir sebulan berlalu brulah aarol tepon kata yg ade photoshoot.. bila ku tny aku mahu bertudung,, dia pun kata buleh... terus esok nye aku cuti n tadaaaa~~ aku dah pakai baju pengantin... nah akhirnya telah ku langkah ke dunia modeling utk pertama kalinya.. klu de rezeki aku mungki ade la 2, 3 dan bebrapa kalinya... :)

ape pun yg penting di sini adelah melihat dan memanafaatkan peluang... yakin pada diri~~ mungkin yg pertama ni hasilnya x begitu baik, tp itulah dinamakan pembelajaran~~ klu de peluang tuk kembangkan bakat.. x salah rasanya aku mengejar.. walaupun ade la kawan2 aku yg dok gelakkan aku jd model tp xper.. itu semua biasalah... penerimaan org berbeza.. sbb hakikat realiti mereka dah mengenali aku seorg yg kasar barangkali, tp leh jadi model.. klu diaorg gelak aku x heran pun..

ni hasilnya.. peace~ :)




Thursday, February 10, 2011

benih~~


tika ku singkat tirai kenangan lepas.. ku lihat benih yg tlh rosak itu mulai menumbuh...
benih yg ku buang itu mulai menghijau.. itulah benih kenangan...
yang xluput mahupun terhapus.. walau telah lama ku tinggalkan..

marahkan diriku?? teruskan...
aku hanya manusia biasa..
telah ku usaha untuk meninggalkan nya...
tp ianya telah pun tertanam dalam hidupku...

melihat senyuman nya itu.. bagai merangut aku dari dunia nyata...
bagai dibawa terbang ke kenangan silam... di situlah kita bersama...
menyulam indahnya cinta... di mana kita.. menanam kenagan bersama...
sehingga akhirnya kita berpisah...

aahhhhh... begitu indah dan begitu pedih...
jujur aku masih sayang... masih cinta...
dimana kan ku cari ganti...
;(

Friday, February 4, 2011

menjadi manusia itu~~

aku seorang manusia...

yg harus menjadi kuat~~
aku juga seorang wanita..
yg harus sentiasa tabah~~

hidup di dunia umpama roda.. xkan selalunya kita di atas..
dan xkan selalunya kita di bawah...
aku adalah lemah tp aku jugak punya kekuatan...
aku tidak punya rupa yg cantik tp alhamdulillah aku ckup semuanya...

aku punya silap dan aku jugak punya kebenaran..
aku geti bercakap dan kadangkala aku kelu lidah...
aku punya pendirian dan selalu jugak aku digugat...
aku mampu melihat tp seringkali aku menjadi buta...

bangun dari mimpi indahmu.. yg mengimpikan putera impian...
bangun dari anganmu yg impikn sesuatu kebahgiaan...
kerna tiada yg benar di dunia melainkn kepalsuan..
xkan ada manusia sempurna yg selalu kau dambakan...

aku kan pergi~~ pergi dari perasaan ini..
tiada cinta mahupun syg yg akan wujud...
aku hnya menjadi batu...
yg menanti masa hingga kiamat...

aku hilang arah.. maaf~~

Thursday, January 13, 2011

diciptakan wanita itu~~




Diciptakan wanita itu, lembut fitrahnya…

Halus kulitnya, manis tuturnya…
Telus hatinya membisik di jiwa…
Bukanlah wanita itu lemah…
Bukanlah wanita itu sering bertemankan…
Tangis dan sendu….
Tetapi disitulah tersimpan kekuatannya..
Menjadi “izzah” yang paling gah..
Malah lebih gah dari keegoaan seorang lelaki..
Lembut wanita bukanlah lemahnya…
Tapi lembut wanita kerana itu senjatanya…
Wanita yang beriman lebih tinggi martabatnya…
Dan wanita yang soleh itu…
Lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh…
Bukanlah fitnah kiranya ar-Rijaal dan an-Nisa’Sama-sama mejaga kehormatan mereka…
Al-Haya’ itu wujud dalam diri setiap insan…
Wujudnya ia seiring dengan nafas insani..
Kerana Al-Haya’ itulah pakaian iman setiap wanita…
Indahnya Al-Haya’…
tercipta sebagai pembeteng diri…
Leburnya Al-Haya’, runtuhlah imannya…
Diciptakan wanita ibarat sebiji epal…
Epal yang tidak berkualiti…
Mudah dicari…
kerana berguguran di tanah…
Tetapi epal yang tak mampu dicapai…
Epal yang berada di puncak..
Susah dipetik,susah digapai..
Diciptakan wanita itu indah budi pekertinya….
Dari rusuk si lelaki…
bukan dari kaki untuk dialasi…
Bukan dari kepala untuk dijunjung…
Tetapi dekat dibahu untuk dilindung..
Dekat juga di hati untuk dikasihi..
Indahnya wanita seindah mutiara kasih..


Wednesday, January 12, 2011

itulah bulan





bulan adelah sebuah planet yg tidak punya kehidupan, yg dikenali sbgai sumber cahaya tika waktu malam... itu adalah bulan yg manusia kenal...
tapi.. bulan aku adelah seekor kucing yg ku bela dari kecil tnpa ibu sehingga lah besar.. ku jumpe dia pada bulan 22/05/2010... masa tu ku dengar suaranye menjerit2 di luar rumah atuk ku di kpg jawa pontian, smlman ku biarkan saja suara itu... mlm ni sgt sejuk... tido aku mmg x tenang terbayangkn kucing siapa yg kat luar.. esok nye aku nekad pegi tgk arah suara kecil itu... di sebalik himpunan kayu dan zink aku ternmpk susuk tubuh kecil bersembunyi... tp suaranye jelas kedengaran.. aku selak zink tu dah nmpk dia berlari2 cuba menyorokkn diri... dia sendirian dan kebasahan... aku yakin ibunya mmg xmengambil dia... jadi aku ambil dia yg ketika tu besar tapak tangan... aku peluk dia... dia mmg sgt takut... aku lap dia dgn tisu dan jemur kat mentari pagi sehingga bulu dia kering dan kesejukkan dia hilang... aku bawa dia ke dalam rumah dan membiasakan dirinya dgn manusia... aku mintak izin dari ibu untuk membelanya n ibu bagi... setelah kucing putih iaitu kucing dulu mati kitaorg mmg rasa sgt kehilangan... jadi kehadiran anak kucing ni sgt2 mengubati kesunyian kami semua.. sbb tu aku berikan namanya bulan dan sememangnya aku jugak suka tgk bulan... :) dari situ bermula lah kehidupan aku sekeluarga bersama bulan.... dia sekor betina... minuman pertamanya adelah susu pekat manis dan makan pertamanya adelah keropok lekor... aku xth nk bg dia mkn pe sbb br berapa minit dia ngan aku dia terus xleh berjauhan.. klu  aku xde kat depan dia mesti dia terjerit dan bersembunyi di bawa almari sehinggalah aku dtg dan memanggilnya... dia sgt kecil dan sgt bising.. dari pontian aku suruh adik bawa dia ke johor bahru... jd dia membesar di sana sehinggalah skrg... skrg dia dah besar n da de boypren... huhuhu.. klu de rezeki nnt dptlah baby.... :P


Thursday, January 6, 2011

02.01.11



ini pula tarikh resepsi kakak ku... lokasi kompleks mawar..
tema majlis resepsi adelah royal blue... konsep pelamin ala2 hutan gitu...
anyway aku n adik jadi pengapit akk.. ade 6 org bridesmaid, 4 org bestmen n 2 budak kecil yg baling bunga...
utk jadi pengapit aku n adik pun kene makeup mcm pengantin.. anyway thanks to our sponsor makeup cintalestari bridal, baju rafie... they really awesome..
majlis kami diserikan dgn paluan kompang dan diikuti pesembahan live alat muzik angklong...
dan nyanyi khas dari mak long pengantin iaitu Rohana Jalil... beliau menyampaikan lebih dari 3 buah lagu secara solo dan 2 lagu secara duet bersama my uncle... kemudian atuk sedara pun karaoke.. huhhh terbaek la suara mereka... org dolu2 punyer suara...








lepas majlis selesai kami bersama pengantin n pengapit pegi makan kat burger king.. lapor sehhh.. selepas penat menguruskn majlis kami bersantai seketika.. fuhhh... anyway.. it's really our happy moment...